resepi & corak cheesetart comel


 RESEPI & CORAK CHEESETART GEBU

NAK BUAT CHEESETART NI AMATLAH MUDAH DAN SEDAP, LEBIH MENARIK LAGI JIKA DIKENAKAN DENGAN CORAK YANG MENARIK PADANYA. JIKA MAHU MAHIR DALAM MELUKIS, ANDA HARUS SENTIASA 'PRACTICE' DAN SAYA JUGA BUKANLAH MAHIR SANGAT DALAM MELUKIS. SAYA YAKIN ANDA TIDAK AKAN TAHU HASILNYA SELAGI TIDAK MENCUBA. DI SINI SAYA AKAN KONGSIKAN RESEPI DAN JUGA TIPS MELUKIS.

RESEPI CHEESETART
 
KULIT TART:

  • 170gm marjerin atau butter (suhu bilik)
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 250gm tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla

cara-cara;
-pukul marjerin/butter bersama gula hingga sebati.
-masukkan telur dan esen vanilla dan gaul rata.
-masukkan campuran tepung sedikit-demi sedikit.
-setelah adunan tidak melekat pada senduk kayu, sejukkan adunan di dalam peti ais selama 3 jam.
-bentukkan adunan di dalam acuan tart.
-bakar pada suhu 170c selama 20-25 minit, api atas bawah.



INTI CHEESE;

-250g cream cheese
-25g gula aising
-2 sudu telur (digaul)
-esen vanilla

cara-cara
-pukul cream cheese bersama gula sehingga tiada ketulan.
-masukkan telur dan esen vanilla.
-pukul sehingga sebati sahaja, tidak perlu sehingga kembang, hanya sekejap sahaja.
-masukkan ke dalam pipping bag bersama nozel bulat sebesar 10 sen.
-paipkan kedalam shell tart setinggi 3cm.
-sapukan sedikit air ke atas cream yang di paip tadi untuk hasil yang bulat.
-bakar pada suhu 110c selama 15 minit, api atas bawah.
-boleh dihias dengan jem dan lain-lain.




TIPS
-Jika nak melukis, adunan cream cheese hendak cair dengan dicampurkan bersama telur.
-lukis garisan luar terlebih dahulu sebelum mewarna lukisan.
-jika hendak mendapatkan garisan lurus, paipkan pada mulanya dan angkat sedikit pipping bag tersebut sambil menekan adunan.
-hendak melukis ni tekniknya sama seperti hendak melukis inai di tangan.



ITU SAHAJA DARIPADA SAYA,
SEMOGA BERTEMU LAGI,
ASSALAMUALAIKUM.










Comments

  1. Thank you share resepi!! Nanti nk try🌹🌹

    ReplyDelete
  2. HEHEHEHEH boleh lah saya try lepasni kalau rajin, tapi tulah saya rajin makan je!! THANKYOU BAGI RESEPI! kalau saya lagi rajin saya order dekat sis je :*

    ReplyDelete

Post a Comment