cabaran sepanjang berniaga
CABARAN SEPANJANG BERNIAGA

Selama ini kebanyakan yang menyokong business saya dan adik beradik saya ini datangnya daripada cikgu-cikgu sekolah dan juga rakan kenalan terdekat malah saudara-mara. Ada juga orang yang tinggal berdekatan yang akan menyokong kami. Saya dan keluarga amat bersyukur terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Sang Pencipta kita.
Semasa kami mula-mula berniaga dahulu, menyiapkan tempahan sehingga larut malam merupakan perkara biasa lebih-lebih ketika mendapat yang banyak terutamanya pada hari perayaan dan juga musim cuti sekolah.
Telah ditakdirkan ada seorang pelanggan yang amat meminati cheesetart kami yang berwarna kuning. Pada masa itu, kami menyiapkan tempahan pada lewat malam kerana mendapat tempahan juga pada waktu malam sekitar jam 10-11 malam. Biasalah jika pada waktu itu saya dan keluarga hendak masuk tidur. Kami gagahkan juga untuk menyiapkan tempahan pada waktu itu dan pada masa itu, kami tidak mengingati langsung bahawa pelanggan tersebut hanya makan cheesetart yang berwarna kuning sahaja. Saya akur bahawa ianya merupakan kesilapan daripada pihak saya. Pelanggan yang cerewet itu pasti ada tetapi saya faham bahawa semua orang mahu yang terbaik untuk diri sendiri. Tak begitu? Saya ambil iktibar daripada peristiwa ini bahawa saya perlu sentiasa fokus kerana pelanggan merupakan salah satu jaminan sesebuah perniagaan untuk terus maju ke hadapan.
Selain itu, cabaran yang kami lalui adalah alatan memasak rosak semasa mendapat tempahan yang banyak dan perlu disipakan pada masa yang singkat. Pada ketika itu merupakan hari Jumaat pada hari terakhir persekolahan. Alhamdulillah pada ketika kami mendapat tempahan yang luar biasa kuantitinya dan pada ketika itu jugalah hampir separuh alatan memasak utama rosak sepenuhnya. Alatan yang rosak adalah hand mixer dan juga stand mixer dimana alatan tersebut merupakan alatan utama yang digunakan untuk menyiapkan kebanyak menu kami. Namun begitu, mujurlah kudrat ini masih ada dan kami sanggup untuk mengadun dengan menggunakan kudrat kami secara tradisional iaitu mengadun dengan menggunakan whisk. Namun begitu, kami amatlah bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan pada masa itu. Dengan hasil yang kami peroleh pada ketika itu kami mampu untuk membeli mixer yang baru dengan serta-merta pada ketika itu dan jumlah untung yang kami terima masih banyak. Alhamdulillah!
Masih banyak lagi cabaran yang kami hadapi seperti mendapat jenis pelanggan yang mahukan tempahan exclusive tetapi dengan harga jauh lebih murah daripada harga asal, terlupa menyiapkan tempahan dan banyak lagi. Orang berniaga pasti akan lalui banyak jenis cabaran tetapi kita harus ingat bahawa disebalik ujian pasti ada hikamhnya dan hikmah tersebut akan digantikan dengan rezeki yang jauh lebih baik. Setakat ini sahajalah perkongsian saya buat masa ini. Semoga semua para pengunjung dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
ITU SAHAJA DARIPADA SAYA,
SEMOGA BERTEMU LAGI,
ASSALAMUALAIKUM.
Semoga terus maju dalam business yang di usahakan sekarang yaa 💕 I know you can do it ❤️❤️
ReplyDeleteWah struggle jugak ya! Its okay you can do this!!!!! All the best, semoga business semakin maju, dipermudahkan & dimurahkan rezeki!
ReplyDeletesemoga sentiasa dipermudahkan urusan bisnes awak
ReplyDeleteSemoga awak sentiasa dimurahkan rezeki , kerana sabar dalam menghadapi ujian yang datang
ReplyDelete